SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Tuesday 20 March 2012

Lawatan Penandarasan SMK Taman Dato'Harun ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya

LAWATAN PENANDAARASAN SMK TAMAN DATO' HARUN KE JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DI PUTRAJAYA.

Jutaan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara kerana meraikan kedatangan  warga SMK Taman Dato' Harun dan membenarkan warga sekolah ini  mengadakan lawatan penandaarasan Amalan Persekitaran Berkualiti  ( 5S) pada hari Selasa, 6 Mac 2012. Walaupun SMK Taman Dato' Harun telah mengamalkan 5S sejak 2008 lagi dan menerima Anugerah Persekitaran Berkualiti sejak 2008 hingga sekarang , namun bagi memastikan kesinambungan usaha, pihak sekolah sentiasa membuat penambahbaikan.  Salah satu cara adalah dengan melawat ke agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara yang  telah mendapat pengiktirafan sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik di dunia dan juga jabatan yang mempraktikkan Amalan Persekitaran Berkualiti Terbaik. 


 Pintu Masuk Jabatan Pendaftaran Negara



Taklimat 5S oleh Puan Rene Harlene bt Drahman,pegawai jabatan Pendaftaran Negara tentang Amalan Persekitaran Berkualiti di Jabatan Pendaftaran Negara

 Hadir bersama dalam lawatan Penandarasan tersebut adalah Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan

 Kawasan kerja yang tersusun. Buktinya Sistem Fail yang sistematik memudahkan pencarian maklumat.
 Setiap zon mesti ada zon 5S.  Hiasan sudut begitu menarik dan kreatif


Sistem Fail yang wajar dicontohi

 Warga SMK Taman Dato' Harun berpeluang melawat seluruh unit dalam Jabatan Pendaftaran Negara dan berkongsi ilmu daripada lawatan kerja tersebut.

 Tonggak Dua Belas turut dipamerkan dengan kreatif sebagai peringatan buat warga kerja.



Informasi di Jabatan Pendaftaran Negara dipersembahkan dalam seni yang menarik.

 Tuan Pengetua SMK Taman Dato' Harun, Tuan Hj Ghumiat bin Kamdi 
menandatangi buku pelawat di JPN

   Walaupun waktu pejabat telah tamat tetapi lawatan masih belum berakhir.  Lawatan keseluruhan tamat pada pukul 6.00 petang.
 Pemberian cenderamata kenang-kenangan daripada JPN

Gambar kenang-kenangan SMK Taman Dato' Harun bersama Puan Rene Harlene bt Drahman.  Semoga lawatan ini merangsang warga SMKTDH untuk terus membudayakan Amalan 5S.

No comments:

Post a Comment