SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Tuesday 20 March 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

PERKHEMAHAN BERKONSEPKAN ALAM SEKITAR

SMK  TAMAN DATO' HARUN telah dilantik menjadi tuan rumah bagi perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Daerah Petaling Utama.  Selaku tuan rumah, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk merangka program yang berkonsepkan alam sekitar.  Pengalaman ini turut dikongsi bersama 27 buah sekolah dari seluruh Daerah Petaling Utama.  Perkhemahan ini diadakan bermula dari 29 Februari hingga 2 Mac 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum Sepang, Bagan Lalang.  Sebanyak 5 buah bas disediakan untuk mengangkut peserta perkhemahan dari Daerah Petaling Utama ke Sepang, Bagan Lalang.


Peserta perkhemahan berjalan kaki ke pantai Gold Coast, Sepang

Sambil berjalan peserta perkhemahan menikmati udara segar dan angin laut yang begitu nyaman.  jauh berbeza dengan kehidupan kota yang hiruk- pikuk
Peserta dibahagikan kepada 35 kumpulan mengikut stesen-setesen
Peserta diberi taklimat keselamatan sebelum memasuki kawasan pantai.  Peserta diajar memakai  BA dengan cara yang betul.
Peserta masuk ke pantai secara beransur-ansur sebagai salah satu aktiviti water confident.  Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta akan kepentingan air dalam kehidupan.  Oleh itu, kita hendaklah menjaga kebersihan pantai dan mengelakkan pencemaran agar kita dapat menikmati anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini.


Peserta tidak berasa gentar dan takut kerana jurulatih yang membimbing peserta perkhemahan adalah terdiri daripada jurulatih bertauliah dan pemegang pingat Bronze Medal.



Mula-mula rasa takut tetapi lama-lama rasa seronok, sampai ada yang tak nak naik ke pantai

Peserta perkhemahan turut diajar bagaimana mengimbangi badan di air

Masing-masing posing selepas keluar dari pantai

Peserta perkhemahan diminta membina petempatan idaman dengan menggunakan ranting-ranting kayu dan bahan terbuang yang terdapat di sekitar pantai.  Sebanyak 35 petempatan telah dibina di sepanjang Pantai Gold Coast,Sepang. 



Permainan Sisa Toksik.  Cuba fikir, bagaimana hendak mengelakkan air dalam baldi yang bertoksik itu tidak tumpah.  Jangan main-main sisa toksik berbahaya kepada manusia dan kehidupan alam keseluruhannya.  Dengan celik minda, peserta perlu menggunakan kreativiti untuk mengangkat baldi dengan tali agar tidak tumpah dan melepasi garis bulatan.  Siapa berjaya? Anda hebat.  Aktiviti ini bukan sahaj memupuk semangat kerjasama malah mendidik generasi lestari agar menghentikan pencemaran.



Aktiviti Bomba Kampung: Lihatlah bagaimana sukar untuk mendapatkan air.  Masa di sekolah dan di rumah, suka membazir air.  Sekarang baru tahu, susahnya hidup tanpa air.  Peserta diminta membawa air dalam botol yang terbuka di bahagian atas dan bawah serta bergilir-gilir membawanya hingga ke dalam baldi yang diletakkkan jauh dari pantai.  Peserta dapat rasakan bagaimana susahnya memadamkan kebakaran tanpa air. Pengajarannya, jangan bazirkan air sesuka hati. 

No comments:

Post a Comment