SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Sunday 26 February 2012

Lawatan Kerja Pensyarah dari Jepun



Pada 24 Feb, SMKTDH telah menerima kunjungan pensyarah-pensyarah dari Jepun yang mengikat kontrak di Universiti Malaya iaitu Toshimichi Yokoyama, Hirotake Kitagawa, Takumi Nakada, Minoru Ogata, Kazushi Ohkubo, Hiroaki Mishina dan Koji Fukuda. Program ini merupakan salah satu lawatan kerja. Pensyarah-pensyarah ini terlibat dalam program pelajar-pelajar Malaysia ke Jepun.

Pensyarah-pensyarah dari Jepun bergambar kenang-kenangan dengan murid-murid 4AN selepas pemantauan P&P matapelajaran Matematik.

Pensyarah-pensyarah dari Jepun turut bergambar di dalam bilik jahitan yang mengamalkan budaya 5S iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Mereka kagum kerana SMKTDH telah mengamalkan amalan persekitaran berkualiti selama 4 tahun berturut-turut dan telah mendapat anugerah persekitaran berkualiti peringkat sekolah anjuran Malaysian Productiviti Cooperation (MPC).

No comments:

Post a Comment