SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Sunday 26 February 2012

SMKTDH TERKENAL SEBAGAI SEKOLAH DALAM TAMAN

Buktinya... SMKTDH mengutamakan komponen penghijauan. Nikmatilah kurniaan dan anugerah Tuhan yang amat berharga. Lantaran itu, wahai generasi lestari, marilah kita sama-sama menjaga keindahan taman di SMKTDH.


















JARINGAN DAN SOKONGAN YANG KUKUH DARIPADA GLOBAL ENVIRONMENT CENTRE (GEC) MERUPAKAN ELEMEN PENTING DALAM MENJAYAKAN PROGRAM PELESTARIAN ALAM SEKITAR PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH TAMAN DATO' HARUN.

Baru-baru ini, GEC bersama GAB Foundation serta Sahabat Komuniti Sunway telah menyumbang dua tong minyak masak terpakai. Sumbangan ini membolehkan seluruh warga sekolah mengumpul minyak masak terpakai. Oleh itu, SMKTDH mendidik warga sekolah agar mengumpul minyak masak terpakai.

Majlis penyerahan tong minyak masak terpakai oleh wakil GAB Foundation iaitu Cik Kelly Ch'ng. Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Encik Azli Abu Bakar daripada GEC dan Encik Muhamad Zaini, Ketua Komuniti Sahabat Komuniti Sunway dan Encik Zainal Abidin daripada Sahabat Komuniti Sunway.

.
Encik Muhamad Zaini dan Encik Zainal sedang menurunkan tong dari van untuk diserahkan kepada pihak sekolah.


GPK kokurikulum SMKTDH iaitu Cik Hajah Norsinta sedang menyampaikan taklimat kepada wakil GEC dan wakil GAB Foundation serta Sahabat Komuniti.

 Semua guru yang terlibat dalam pelesterian peringkat sekolah sedang berbincang tentang pelbagai program dan aktiviti yang boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Pihak GAB, GEC, dan Sahabat Komuniti turut memberi tunjuk ajar tentang cara membuat baja kompos dan membuat bio-enzim dan gabarge enzim.

No comments:

Post a Comment