SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Tuesday, 20 March 2012

Lawatan Kerja ke Pulau Gaya, Sabah

LAWATAN KERJA SMK TAMAN DATO' HARUN KE PULAU GAYA
Lawatan kerja ke SMK Pulau Gaya  telah diketuai oleh Pengetua SMK Taman Dato' Harun  iaitu Tuan Hj Ghumiat bin Kamdi pada 13 MAC 2012. Turut serta dalam lawatan ini ialah  Pengetua SMK Kelana Jaya iaitu Haji Saroni ,  SMK Damansara Jaya , SMK Bandar Utama 3, SMK Bandar Utama 2 dan SMK Seksyen 10 Kota Damansara.  Lawatan ini disertai oleh semua PK dan guru-guru untuk melihat sendiri pelaksanaan "Garden above the sea & A Resort Concept School"

Dari Semenanjung kita datang untuk berkunjung ke Pulau Gaya dengan visi kudsi untuk menimba ilmu dan berkongsi ilmu tentang langkah-langkah pelestarian yang diamalkan oleh SMK Pulau Gaya.  SMK Pulau Gaya telah memenangi Anugerah Serasi Kategori Inovasi  kerana insiatif sekolah ini mengadakan Projek Perangkap Sampah.  Warga pendidik  turut mempelajari bagaimana sekolah ini mendidik murid-muridnya agar tidak membuang sampah ke laut.  Oleh itu, generasi lestari SMK Taman Dato' Harun, marilah  kita  sama-sama belajar dan manfaat daripada lawatan ini dengan membudayakan hidup kita dengan mengutamakan alam sekitar.  Peliharalah alam sekitar kita daripada pencemaran. Marilah kita selamatkan bumi ini daripada kemusnahan!..  Hanya bumi sahaja warisan kita buat generasi akan datang.
Warga SMK Taman Dato' Harun bergambar kenang-kenangan dalam bas Jabatan Pelajaran Sabah ( SMK SANZAC )


Cenderamata buat SMK Pulau Gaya

Ketua Rombongan baru sahaja turun dari bas untuk ke Pulau Gaya.  Dari jauh kita datang, udara, darat  telah kuredah  dan  kini ke laut kita renangi  untuk ke pulau pula.

Buah betik buah papaya
sedap lagi buah berangan
hajat hati ke Pulau Gaya
Jarak jauh bukan halangan

Rombongan guru dari Semenanjung sempat "berposing" sementara  menunggu bot untuk ke Pulau Gaya

Pandangan  SMK Pulau Gaya yang indah

Bot pertama yang dinaiki Ketua Rombongan telah selamat tiba di Jeti SMK Pulau Gaya
    Lawatan ini berjaya  memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan warga pendidik di Daerah Petaling Utama.  Bak kata pepatah, " seiikat bagai sirih, serumpun bagai serai".   Usaha murni ini bertujuan bagi memastikan semua ahli rombongan selamat sampai ke SMK Pulau Gaya.


Papan Tanda SMK Pulau Gaya merupakan gerbang utama ke sekolah atas air yang pertama di Asia.

Rombongan guru dari Daerah Petaling Utama memulakan lawatan.  Uniknya  SMK Pulau Gaya adalah terletak pada binaannya yang 98 peratus kayu.

Keindahan  SMK Pulau Gaya terletak kepada tumbuhan hiasan  yang seragam iaitu Pokok Sakat.
Keindahan pondok-pondok ilmu tanpa kerusi  dapat dijadikan "folating class"
Kedudukan salah satu daripada 13 blok yang terdapat di SMK Pulau Gaya
Di blok ini juga letaknya Bilik Gerakan


Kaki Lama di hadapan Bilik Gerakan.  Kelihatan tumbuhan hijau berjajaran di kiri dan kanan  laluan.

Ruang makan tetamu yang dihias indah.
Hampir setiap laluan kaki lima bangunan sekolah SMK Pulau Gaya dihiasi dengan tumbuhan hijau.  Sewajarnya komponen kehijauan menjadi contoh.
Tandatangan sebagai bukti kunjungan ke "Garden Above the Sea"
Bincanglah!   Idea yang baik bawalah balik ke Semenanjung

Tengoklah puas-puas, bukan senang nak datang ke Pulau Gaya. 
Pandangan  bahagian belakang SMK Pulau Gaya
Gambaran dalam perpustakaan SMK Pulau Gaya.


Selamat ke!  kerja  kat sekolah atas air ni!. Susah hati nampak Tuan Hj Ali bin kurus staf pejabat SMK Taman Dato Harun. 


Macam tak nak balik je!  Nak jadi orang pulau ke!.
Keindahan terserlah dengan peranan warna

Nama tokoh-tokoh ilmuan menghiasi setiap laluan

Pandangan keseluruhan kawasan sekolah dari jauh
Pondok-pondok ilmu kelihatan indah dari pandangan sisi.  Sesuai dengan konsep sekolah pelancongan.
Konsep kehijauan  terdapat di seluruh kawasan sekolah
kata-kata motivasi dan kata-kata hikmat digantung pada setiap laluan

Laluan ke tapak perhimpunan
Gambar kenang-kenangan sebelum berpisah di tapak perhimpunan SMK Pulau Gaya
Galeri Pulau Gaya
Susun atur bahan pameran begitu menarik sekali.  Syabas bah!!!!!
Cenderamata khas buat SMK Pulau Gaya yang sudi menerima kunjungan rombongan dari Petaling Utama.

SMK Taman Dato' Harun turut memberi cenderamata daripada Lilin dan Sabun yang dihasilkan oleh murid-murid SMK Taman Dato' Harun daripada minyak masak terpakai.

Anak haruan lima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun;
Budi tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Kelihatan sebahagian petempatan masyarakat yang berhampiran dengan SMK Pulau Gaya.
Banyak kelok ke Penarik,
Kelok tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik
Nan buruk tinggal di sini

3 comments:

  1. pengalaman yang amat bermakna.. terima kasih kepada penganjur dan tuan rumah ...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat melawat tempat orang. Banyak berjalan luas pendangan. Tahniah cikgu-cikgu.................

    ReplyDelete
  3. wahh,,, semangatnyer tgok skolah depa... walaupun dah lame meninggalkan sekolah harun... ex student

    ReplyDelete