SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Monday, 6 August 2012

PROGRAM LAWATAN PELESTARIAN KE PULAU REDANG

PROGRAM LAWATAN PELESTARIAN KE PULAU REDANG
TARIKH:  5 JUN 2012 HINGGA 7 JUN 2012
BILANGAN PENYERTAAN: 80 ORANG MURID

RASIONAL:
1. Murid-murid didedahkan kepada aktiviti yang mesra alam
2. Untukmeningkatkan kefahaman murid-murid tentang interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana mengurus alam sekitar dengan bijaksana dan bertanggungjawab.
3.Penerapan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar diterap melalui lawatan ini.
4.Untuk meningkatkan amalan hidup lestari
5.Membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

TEMA:
Aktiviti kokurikulum melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan berdaya saing serta menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek kokurikulum.

MATLAMAT:
Untuk meningkatkan tahap kesedaran murid-murid SMK Taman Dato' Harun tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF:
1.Mempertingkatkan kemahiran dan pengalaman murid dalam pelbagai bidang serta menghubungkaitkan dengan kehidupan yang mesra alam.
2.Membantu murid-murid untuk mengenal potensi diri dan memperkembangkannya ke arah yang lebih positif serta membina keyakinan diri murid-murid
3.Membentuk generasi yang cinta akan alam sekitar.











No comments:

Post a Comment