SMK TAMAN DATO' HARUN LESTARI

Tuesday, 20 March 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

PERKHEMAHAN BERKONSEPKAN ALAM SEKITAR

SMK  TAMAN DATO' HARUN telah dilantik menjadi tuan rumah bagi perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Daerah Petaling Utama.  Selaku tuan rumah, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk merangka program yang berkonsepkan alam sekitar.  Pengalaman ini turut dikongsi bersama 27 buah sekolah dari seluruh Daerah Petaling Utama.  Perkhemahan ini diadakan bermula dari 29 Februari hingga 2 Mac 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum Sepang, Bagan Lalang.  Sebanyak 5 buah bas disediakan untuk mengangkut peserta perkhemahan dari Daerah Petaling Utama ke Sepang, Bagan Lalang.


Peserta perkhemahan berjalan kaki ke pantai Gold Coast, Sepang

Sambil berjalan peserta perkhemahan menikmati udara segar dan angin laut yang begitu nyaman.  jauh berbeza dengan kehidupan kota yang hiruk- pikuk
Peserta dibahagikan kepada 35 kumpulan mengikut stesen-setesen
Peserta diberi taklimat keselamatan sebelum memasuki kawasan pantai.  Peserta diajar memakai  BA dengan cara yang betul.
Peserta masuk ke pantai secara beransur-ansur sebagai salah satu aktiviti water confident.  Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta akan kepentingan air dalam kehidupan.  Oleh itu, kita hendaklah menjaga kebersihan pantai dan mengelakkan pencemaran agar kita dapat menikmati anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini.


Peserta tidak berasa gentar dan takut kerana jurulatih yang membimbing peserta perkhemahan adalah terdiri daripada jurulatih bertauliah dan pemegang pingat Bronze Medal.



Mula-mula rasa takut tetapi lama-lama rasa seronok, sampai ada yang tak nak naik ke pantai

Peserta perkhemahan turut diajar bagaimana mengimbangi badan di air

Masing-masing posing selepas keluar dari pantai

Peserta perkhemahan diminta membina petempatan idaman dengan menggunakan ranting-ranting kayu dan bahan terbuang yang terdapat di sekitar pantai.  Sebanyak 35 petempatan telah dibina di sepanjang Pantai Gold Coast,Sepang. 



Permainan Sisa Toksik.  Cuba fikir, bagaimana hendak mengelakkan air dalam baldi yang bertoksik itu tidak tumpah.  Jangan main-main sisa toksik berbahaya kepada manusia dan kehidupan alam keseluruhannya.  Dengan celik minda, peserta perlu menggunakan kreativiti untuk mengangkat baldi dengan tali agar tidak tumpah dan melepasi garis bulatan.  Siapa berjaya? Anda hebat.  Aktiviti ini bukan sahaj memupuk semangat kerjasama malah mendidik generasi lestari agar menghentikan pencemaran.



Aktiviti Bomba Kampung: Lihatlah bagaimana sukar untuk mendapatkan air.  Masa di sekolah dan di rumah, suka membazir air.  Sekarang baru tahu, susahnya hidup tanpa air.  Peserta diminta membawa air dalam botol yang terbuka di bahagian atas dan bawah serta bergilir-gilir membawanya hingga ke dalam baldi yang diletakkkan jauh dari pantai.  Peserta dapat rasakan bagaimana susahnya memadamkan kebakaran tanpa air. Pengajarannya, jangan bazirkan air sesuka hati. 

LAWATAN PENANDAARASAN SMK TAMAN DATO' HARUN KE SMK DATUK PETER MONJUNTIN

LAWATAN PENANDARASAAN KE SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG.

Sebagai merealisasikan SMK Taman Dato' Harun sebagai Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS) Pihak sekolah telah merangka lawatan penandaarasan  ke SMK  DATUK PETER MOJUNTIN  yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Lestari, Sekolah Sukan Negeri.  Pendek kata, sekolah ini Sekolah Astro.  Sekolah macam-macam ada.

 "Signboard SMK Datuk Peter Mojuntin"
 Panorama kehijauan jelas terpapar sebaik sahaja melangkah masuk ke SMK Datuk Peter Mojutin
Semua ahli rombongan di bawa melawat sekitar sekolah

 Hijau di sana sini
 SMK Datuk Peter Mojuntin sebagai Sekolah Lestari
 Komponen Kehijauan menjadi keutamaan
 Landskap yang menarik menarik tumpuan mata memandang
 Kehijuan menyejukkan mata memandang

 Peringatan buat yang lupa
 Tidak mustahil kalau anugerah ini menjadi milik SMK Taman dato' Harun.  Ayuh generasi SMKTDH budayakan amalan Lestari. Kita boleh!  Pasti boleh!....
SMK Datuk Peter Mojuntin turut memecahkan Malaysia of Records kerana mengumpulkan Tutp tin minuman.

 Tandas bukan tempat berkarate!... Jagalah kemudahan tandas sekolah anda.

 Tandas yang indah wajar dicontohi oleh warga SMK Taman Dato' Harun

 Tandas yang bersih idaman semua.  " Eh!... bersihnya macam tandas rumah aku!

Landskap berbeza mengikut kawasan

 Pelbagai spesis tumbuhan menghiasi laman sekolah

Keindahan taman menjadikan "Sekolahku RumahKu dan Sekolahku Tamanku"
 Sekolah sebagai zon bebas sampah

 Wahai Warga Kestari SMK Taman Dato' Harun yang disayangi, sama-samalah kita
menjalankan tanggungjawab sebagai warga bumi dengan menghargai alam anugerah tuhan daripada pencemaran.  Kalau sekolah lain berjaya melestarikan sekolah sendiri. Kenapa tidak warga SMKTDH.

 Sudut informatif

 Pendidikan Alam Sekitar suatu proses dapat merealisasikan visi Sekolah Lestari 


 Kurangkan penggunaan plastik kerana plastik mengambil masa bertahun-tahun untuk dihapuskan

 Rombongan Pengetua, Penolongan Kanan dan guru-guru dari Daerah Petaling Utama dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat.

 Taklimat oleh Pengetua SMK Peter Mojuntin iaitu Puan Fauziah

 Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

 Tanam lenggundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati.